Friday, December 18, 2009

53 - Pemuda Melayu yang sebenar

Rabu 16 disember 2009 yang lepas..aku sedang bersiar-siar dengan kuda ku..kuda yang ku tunggang adalah Carolina Marsh Tacky..jenis kacuk Carolina, United States..dan Colonial Spanish..ia sangat pantas dan kuat..aku tidak pasti berapa kuasa kuda nya seperti kereta-kereta mahal yang ada di pasaran..

10 minit kemudian, tiba-tiba Carolina Marsh Tacky memperlahankan rentaknya..mungkin ia penat..dan kemudian ia terus berhenti..aku memeriksa gigi dan matanya jika ia menhidap Symptoms of a brittle hoof atau Symptoms of club-foot seperti kuda-kuda yang lain..kuda aku rebah ke tanah..aku bertambah panik..aku cuba untk chillax..tapi keadaan makin membimangkan apabila hujan tiba-tiba turun dengan lebat..handphone aku pula kehabisan bateri..

kemudian datanglah pemuda Melayu yang boleh dikatakan hero kepada Carolina Marsh Tacky aku ini..beliau mungkin baru pulang daripada tempat kerja dan berhenti bertanyakan apa yang sedang terjadi..aku menceritakan perkara sebenar kepada beliau..hujan lebat ketika itu..beliau mungkin faham persaan aku ketika itu..dan beliau juga mempunyai kuda sepeti aku tetapi jenis Karbada kacukan Egypt dan Morocco..kami basah lencun bersama-sama memikirkan penyelesaian untuk kuda aku ini..kemudian dia memperlawa aku untuk membawa akudiperiksa di klinik haiwan berhampiran dengan rumah beliau..aku bersetuju dan menerima pelawaan itu..hujan lebat lagi..tiada tempat berteduh untuk kami dan kuda..

apabila sampai di klinik..pemuda melayu itu terus beredar pergi dan aku tidak sempat mengucapkan terima kasih..hanya sempat melambai tangan sahaja..hati beliau sangat murni dan tidak ramai Melayu seperti beliau.. yang kebanyankannya Melayu TIPU Melayu sahaja..kalaulah semua Melayu seperti beliau..babi pun nak terbang kalau perkataan kalau tu menjadi realiti..

Monday, December 14, 2009

52 - Kutu dan belacak

Belacak habitatnya di gigi laut..manakala kutu habitatnya di celah-celahan rambut..Kutu bangga akan perbuatanya yang dianggap urban di samping kutu-kutu yang lain..Mungkin bagi binatang yang sekecil-kecil anaerobe atau aerobe itu perilaku nya menjadi kewajipan bagi mendapatkan nama di kalangan mereka..si belacak ini pula tumpang glamour pada kemasyuran kutu ini..dan menjadi penasihat yang unggul dan agong di kalangan belacak..

apakan daya, kutu memang terdapat pada binatang yang halal dan haram..

p/s: saosin live in Malaysia 7 February 2010
tapi kalau kau nak jadi macam kutu atau shemale boleh la kau pergi tengok neyo

Sunday, December 13, 2009

51 - 5 dan 2

aku tak pergi 3 kelas hari ini daripada 5 kelas..dan 2 kemenangan yang berharga untuk memberi kegembiraan di atas ketidakhadiran aku ke tiga-tiga kelas tadi..tapi 3 kelas yang tidak aku hadir itu..aku belajar sendiri di rumah..

hari ini hari ahad tidak ada kelas di tempat ku belajar..tiba-tiba aku bingai..wehooo!

50 - Yeah

ini juga dikira sebagai kemaskini blog..wehooo!

Saturday, November 14, 2009

49 - Hanjing yang Hancing

Ada seekor hanjing yang kurap..memberi rakannya makanan kerana ia sangat lapar..rakannya memakan dengan lahapnya..dan apabila hanjing yang kekenyangan itu sudah penuh dengan makanan..mulalah dia mencaci hamun hanjing kurap ini..mengatakan makanan tidak sedap la..mungkin itu taste makanan hanjing kurap itu..tapi bagaimana pula niat seekor hanjing yang menolong kawannya yang kelaparan itu..ini la hanjing yang tidak mempunyai perikehanjingan..apa dosa hanjing kurap itu sampai di hina dan diherdik..makanan yang tidak sedap itu bukan hanjing kurap tersebut yang hasilkan..ia bukan chef..tapi hakikatnya..ia hanyalah hanjing kurap yang hancing...

Wednesday, November 4, 2009

48 - 37.5

aku perlukanye..tolong la..hanya 37.5

Tuesday, October 27, 2009

47 - defense of the ancients

semalam aku bermain dota dari pukul 12 malam sehingga 7pagi..aku dan rakan-rakan bermain secara clan war kerana terlalu ramai rakan dan seorang tetamu luar..apa yang membuatkan aku ingin menulis pada game semalam ialah perbualan yang sungguh sinis dan membuatkan aku malu..aku tidak tahu perasaan rakan-rakan yang lain..kerana kami bermain di rumah masing-masing..

Perbualan pada waktu 6 pagi :

Player 1 : "wah..mung yg tetak kawe tadi eh"
Player 2: "Bukan kawe..kawe pki sk je tadi..si nung ah pki x"
Player 1: "Kawan-kawan mung nie semua dok semayang ke?"
Player 3: "Kawe semayang 5 waktu sehari semalam"
Player 1 : "Bukan hok nie doh masuk semayang subuh ko?"
Player 4: "Lol"

Player 1 adalah berbangsa cina..player 2, player 3 dan player 4 adalah beragama islam..betul la..solat tue kita tidak boleh menunjuk-nunjuk..hanya ikhlas perbuatannya kerana illahi..
Tetapi kalau agama lain dah memperingatkan seseorang muslim itu untuk menunaikan rukun islam ke-2..bagaimana? itu membuatkan aku terfikir di kalangan bangsa MELAYU ku sendiri..

Monday, October 26, 2009

46 - cb

Kau tahu ape tu cb..bile kau di medan perang bersama-sama dengan askar lain hendak memperjuangkan negara sendiri..kau menjadi sukarela..kemudian kau ingin menunjukkan diri kau hebat seperti seorang sergeant..banyak juga musuh tumpas di tangan kau..dan kau bermegah..tiba-tiba di suatu kawasan perangkap musuh kami semua ditembak oleh mush yang telah lama berselindung untuk menyerang hendap..ramai ditembak dan cedera parah akibat penangan musuh yang tidak kami sedari sehingga lalai sebegini..seorang yang dikatakan cb ini juga cedera dan menggunakan kebijaksanaan anugerah illahi untuk berselindung daripada musuh dan kemudian cabut lari..bukan si penulis ingin membanggakan diri..tetapi kami yang lain kecuali si pulan bernama cb berjaya menembak mati ke semua musuh walaupun kami cedera parah..kami berjaya mempertahankan maruah negara..tetapi ramai tidak tahu kerja murni kami..

si cb itu berada di hospital lebih awal daripada kami tanpa melaporkan kepada pihak atasan bahawa kami yang lain masih di hutan bergelimpangan dengan maut..dan si cb itu dirawat oleh jururawat dan dilayan sebagai seorang wira seperti kami..

Wednesday, October 21, 2009

45 - Pekerja Kilang di kilang sebelah pekerja kilang di bawah

Kali ini pekerja kilang ini memproses isi perut ayam, dia banyak ponteng kerja..sehingga boss siap cakap dengan beliau..kerap kali tidak datang kelas..pada suatu hari yang dingin di kala awan membiru bertukar kelabu..beliau dimarahi bos kerana tidak membuang perut ayam sepenuhnya..dan mencuci ayam tidak bersih..ini boleh mendatangkan penyakit kepada para pengguna..dan menyebabkan pembeli tidak percaya pada pengeluaran kilang tersebut..

sambil aku mendengar lagu Alesana - Congratulation, I hate U..beliau seperti pekerja kilang di bawah dengan bangga mengatakan kerja ini amat mudah..kemudian minggu berikutnya beliau berbual dengan rakan sekerja di dalam lif..bahawa kerja membersihkan perut ayam tidak sesenang disangka..

Hari ini kami semua naik pangkat menjadi supervisor pembersihan perut ayam..manakala beliau turun pangkat mencuci najis ayam..

postscript : Dato' Seri Najib perlu mengumpulkan orang seperti kilang ayam dan cip memproses processor ini di satu kilang yang sama..untuk mereka belajar sesuatu..dan kebanyakan orang ini ada di sekeliling aku walaupun aku tidak mahu..kerana mereka juga ada kewajipan seperti aku..tetapi bagaimana?

Tuesday, October 20, 2009

44 - Pekerja kilang dan Kawan-kawanya

Pada suatu pagi..pagi yang melabuhkan waktunya ke petang..seorang pekerja kilang meyiapkan cip processor untuk 1GB..dengan tungkus lumus dan rajin beliau menyiapkan tugasan yang diberi..sehingga tidak meminta pertolongan daripada yang lebih pakar..mungkin sudah cukup ilmu di dada..apabila due date sudah tiba..pekerja kilang ini menghantar dengan hasil titik peluhnya..

Bos pekerja kilang tersebut terus memeriksa cip yang telah dihasilkan oleh pekerja kilang tersebut..hasilnya..dia memberitahuku dengan jujur dan ikhlas tanpa segan silu mengatakan 100% berjaya..bos memberitahu kepadaku bahawa terdapat banyak kesilapan dilakukan..dan pekerja kilang ini hanya berjaya menyiapkan 30% sahaja daripada 100%..

Orang begini selalunya dibenci masyarakat..tetapi beliau bangga dengan kebolehan pada dirinya..

Monday, October 5, 2009

43 - Edisi Khas 1

edisi khas ini adalah ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..
walaupun raya dah abis tapi kami rakyat malaysia tetap akan raya sampai setahun..
dengan menyemak di atas jalan raya..pergi open house tiap-tiap minggu..
dan itulah perpaduan kami..

Wednesday, September 23, 2009

42 - Dan Lagi

dan mereka bangga memakai bra di luar..tidak seperti orang lain..


gambar kali ini adalah hiasan semata-mata..click sini

41 - Penagih dadah yang sebenarnya

Apabila kau berhenti di stesyen minyak untuk membeli winston light 18 rm6.80..tiba-tiba jurujual tidak memberi rokok dahulu..dia meminta wang..kemudian diberikan rokok tersebut..
dan apabila aku seorang perokok berkawan dengan penagih dadah yang sebenar..mengajak aku menghisap bersama beliau dan rakan-rakannya..

Aku menolak kerana aku tidak mengambil dadah..dan beliau akan mengeluarkan statement bahawa aku ini akan rugi dan tidak berani menerima cabaran yang membuatkan aku lebih macho dan bergaya suatu hari nanti seperti rakan-rakannya..dan memberitahu lagi kepadaku bahawa mereka yang tidak menghisap dadah semua tidak 'up-to-date' dan yang penting wood pc..

p/s : wood pc
adalah mereka yang hendak bermain game seperti orang lain tetapi dc..itu adalah wood pc..

selepas kira-kira setengah jam berlalu penagih dadah tersebut akan menjadi seperti gambar di bawah


Gambar hiasan..click sini lagi

Wednesday, September 9, 2009

09 09 09

Bayi yang tidak cukup sifat..kemudian digugurkan..mungkin kau menghisap rokok..ataupun tekanan darah tinggi..keguguran janin bukan nya dilihat dari segi kromosom ibu bapa kau..tapi masalah nya adalah kau..mungkin kau boleh membuat proses tersebut ulang kali untuk mendapat bayi yang lain..tapi bagaimana jikalau bayi tersebut gugur lagi dan lagi..

Langkah seterusnya akan kau ulangi..

p/s : entry kali ini tidak dinomborkan bukan kerana 09 09 09..tetapi disebalik cerita ini akan membuatkan aku berjaga-jaga..

Tuesday, September 1, 2009

39 - September Ramadhan


Bismillahirahmannirahim..iza jaaaaaa anas ruallah hi wal faj'


May Allah granted all his wishes to him.. Aminnn

Even the cold can't stop them to turn their faces to ALlah,masAllah it is amazing

Sunday, August 30, 2009

38 - Al-Fatihah

al-fatihah kepada sedaraku Mohd Arif yang kembali ke rahmatullah..semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas allahyarham..

allahyarham adalah junior aku di sekolah teknik gombak dahulu..dan selalu menceritakan kepada emak beliau tentang aku iaitu 'Abang Cobain'..

Al-Fatihah

Saturday, August 29, 2009

37 - Seorang hero yang Bodoh

Kau seekor HELANG..yang pergi terbang mencari makanan minggu lepas..dan memberi makanan kepada 2ekor anak kau..anak kau berterima kasih kepada kau kerana dapat menggalas perut sehingga nyenyak tidur...

Kesokkan harinya engkau mencari ranting dan dahan-dahan serta daun untuk membuat sarang untuk anak-anak kau supaya hidup lebih selesa..begitulah hari seterusnya..

Hari ini tiba-tiba kau menjadi bodoh entah kerana apa..mungkin kau sudah biasa dengan selok-belok jalan dari sarang ke tempat makanan..sehingga kau boleh salah jalan sehingga ke sarang BURUNG PIPIT..dan terberi anak-anak BURUNG PIPIT tersebut makan..kemudian baru kau sedar betapa bodohnya diri engkau pada saat itu..

Anak-anak kau di sarang mati kelaparan..dan anak yang tidak sepatutnya memperolehi makanan tersebut senang kekenyangan..dan kemudian 3 ekor BURUNG PIPIT datang kepada kau..seekor burung pipit mengutuk kau kerana kenampakkan kebodohan kau..mungkin nasib (aku tidak suka akan perkataan nasib) kau memberi makan kepada burung spesis kami..2 ekor burung pipit..pun menyiul begitu..

Terbanglah burung helang itu ke rumahnya dan sepanjang perjalanan pulang ke rumah dapat la kau mencari sedikit bekalan untuk anak kau kelaparan..bagaimana dengan esok, lusa, dan seterusnya..adakah engkau akan menjadi bodoh seperti BURUNG PIPIT yang lain..walapun meraka tidak sedar bahawa engkau raja segala burung dan mereka itu sebenarnya adalah makanan kau..

Bukan engkau yang bodoh wahai burung helang..tetapi BURUNG PIPIT..kerana tidak menunjukkan jalan pulang yang sebenar kepada kau..terbang la helang hingga ke langit biru..sehingga kau berjaya mengawal ekosistem..

36 - Nasib

Si pulan terkena lecak yang dilanggar oleh pemandu kereta..adakah itu nasib si pulan..kenape si pulan tidak ikut jalan lain mahupun mengelak..itu adalah pilihan

Si pulan bernasib baik dilahirkan di dunia ini..si pulan tersebut bukan nasib..tapi kerana kekuatan dan kepantasan beliau berenang ketika sperma untuk bersaing dengan sperma lain untuk sampai dahulu ke ovum..

Good Luck atau selamat berjaya..mungkin kalau diteliti betul² ia seakan bergantung pada nasib kau..orang putih bingai..orang aku ikut kan..kalau dah tidak belajar, memang failed lah result nya..kalau belajar memang berjaya..

Pakai otak jangan jadi bingai..itu semua adalah PILIHAN yang sudah dipilih dan diputuskan oleh "tuan badan punya engkau"..

Friday, August 21, 2009

35 - Ramadhan Al-Mubarak

Untuk aku: Masih lagi tuhan yang Maha Esa memanjangkan umurku dan memberi peluang kepada ku..

Untuk adik aku: first ramadhan adalah hari untuk dia mengingati bulan kebesaran ini..

Thursday, August 20, 2009

34 - Bulan 3

Adakah 2 orang remaja dapat mengimpikan impian meraka..yang dirancang dekat Alamanda..tempat tinggal sudah diberi, makan sudah diberi..dan ape kemahuan lagi..
Harap impian mereka tercapai..

Faith No More
Alexisonfire
Taking Back Sunday
Sunny Day Real Estate
A.F.I
The Get Up Kids
Paramore

Kahkahak

Wednesday, August 19, 2009

33 - SePastinya Lenka

Aku mengambil adik aku pulang ke rumah berjalan kaki..hanya terletak satu block dari rumah aku..pegang tangannya dan pimpin bawa sehingga pulang ke rumah..semasa perjalanan menyanyi lagu Lenka ..dan apabila semua orang senyap hari nie..buat seperti tidak tahu apa yang sudah terjadi..kemudian mengumpat orang lain seperti mereka yang memimpin..Betul kenyataan Jones yang menyatakan " seekor kurita yang memakai kasut roda adalah mereka"

32 - Kekasih

Lama betul aku tidak menyebut perkataan nie..tetapi bermula pada hari ini kisah kekasih bermula..

Sunday, August 16, 2009

31 - Super Enam menceriakan

Liga Utama Inggeris sudah bermula semalam..sebelum itu bnyk ramalan yang dibincangkan tentang perlawanan pertama semalam..Kita beralih kepada perbincangan di Goodison Park..Berita bola sepak yang di acarakan oleh John Dikes..menunjukkan semua peramal meramal bahawa the toffees akan menang 2-1..

Semalam selepas membeli 'Maaf dari Surga' dan 'Kekasih Sam Po Bo' aku dan 2 rakan aku pulang ke rumahku menonton bola dengan sardin dan sebuku roti..suara yang dikeluarkan oleh seseorang rakanku, membuatkan aku panas..bila engkau menggalas beg hitam dan bermain di dalam tong sampah..aku hanya diam..Denilson menjaringkan gol pertama..beliau berkata lagi..tidak lama lagi dia akan jadi sampah..kemudia seorang bek kanan jatuh iaitu sagna bakry..aku marah kerana para pemain lain tidak datang ke kepadanya bertanyakan khabar atau menuruh pengadil meniup wisel..Kemudian keluar lagi suara yang menyatakan bahawa itu sampah, dan semestinya orang lain tidak memerlukan sampah..aku mengiyakan..

The Toffees cuba menjaringkan gol..tetapi Denilson ada di bahagian kanan gawang gol menanduk bola tersebut daripada gol..kemudian suara yang menyakitkan kan hati berkata..seketul sampah terdapat pada bahagian gol tersebut..aku berpuas hati dengan gandingan Denilson, Song, dan Fabregas..dan Arshavin, RVP dan Bendy..dan apabila suara itu datang lagi bertanyakan aku..apakah fungsi fabregas dalam club engkau..dan aku cakap mengassist bola dan supply bola selaku menjadi playmaker..dia menidakkan jawapan aku..lalu mengeluarkan fatwa nya menyebut bahawa fabregas itu adalah sabun 'fab'..berfungsi untuk membersihkan sampah-sampah yang membuat kotoran..

4-3-3 memang sesuai dengan formasi sekarang..tetapi semalam arshavin tidak menyerlah dan hanya assist satu bola sahaja..tetapi syabas..penggunaan dua DM membuatkan mereka kuat menentang the toffees..walaupun dikena f*^%k oleh seorang budak yang hanya menggunakan medium sosialasi untuk mendapatkan publisiti murahan..dan apabila kawan aku menjerat diri sendiri apabila jersey the toffees ke bawah sama design dengan jersey kelabnya yang membuatkan the toffees down..

Beliau seorang lagi hanya menjadi medium tengah..mengekplositasikan keadaan..kali ini jika engkau baring bersama rakan sama jantina dengan kau..menonton bola bersama-sama..Hassan sudah tiada lagi..


Cesc Fabregas menghadiahkan gol untuk former captain RCD Espanyol Jarque Gonzalez *RIP

Tuesday, August 4, 2009

30 - Bila Tuhan Berbicara

"Hello gagah, buku Faisal Teharani yang mana sesuai untuk level aku" kata aku
"Engkau nak genre macam mana? Agama, falsafah dll" kata gagah
"Aku tidak tahu, tunjukkan kan lah, cepatlah " kata aku
"Kejap bagi aku fikir, ada banyak nie.." kata gagah dengan pressure
"Aku nak sekarang, tiada masa dah nie" kata aku pressure gagah
"Call aku kejap lagi, aku pressure, jangan push aku " kata gagah
"Ok, nanti kau dah fikir mesej aku " kata aku

Gagah menghantar mesej
"Kau beli buku Bila Tuhan Berbicara.."

Lalu aku membeli buku yang dicadangkan oleh beliau..
Sipnopsis daripada novel drama tersebut :

"Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan ekstremis agama. Mazlan, doktor perubatan masih terasa panas darah isteri yang dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda."

Tujuan aku ke Alamanda Putrajaya bersama Ahmad Muzammil adalah untuk menebus tiket MTV. Tetapi malangnya tiket untuk ke konsert tersebut telah abis pada hari semalam. Kami berdua memutuskan untuk membeli buku dengan duit tiket tersebut. Pernahkah engkau membaca novel bersama kawan kau yang sama jantina sambil baring bersama-sama.

Aku tiada mood hendak menulis blog.






Saturday, August 1, 2009

29 - H1N1

Bersabarlah daripada menahan sakit..kerana sakit itu adalah penghapus dosa kita..

Penjagaan Kesihatan Di Rumah :
  • Jika demam makan ubat panadol paracetamol mengikut dos yang disediakan
  • Naik basikal
  • Berehat sehingga petang
  • Main dota
Nasihat Untuk Pesakit dan Ahli Keluarga bagi Mengawal Jangkitan
  • Amalkan etika batuk (batuk di depan orang ramai, gunakan sapu tangan atau tisu apabila batuk dan bagi kepada kawan)
  • Jangan mencuci tangan dengan sabun atau air, lap tangan kepada baju kawan
  • Basuh pinggan dengan jilat.
Social Distancing
  • Tolong tinggalkan rumah apabila anda kene influenza A, pergi university lain pula jika anda pelajar atau pejabat/firma orang lain jika anda bekerja
  • Jangan sesekali memakai mask kerana anda akan kelihatan hodoh.
Swt, sekarang nie sudah ramai rakyat Malaysia yang sudah berjangkit dengan simspton ini. Aku tidak pasti berapa kes yang berlaku di Malaysia kerana kes ini berebak hari demi hari. Aku cuba melayari laman web kementerian kesihatan tetapi 'sila cuba lagi'. Bingai, tiada otak. Klik sini. Walaupun dah kene quarantine virus ini tetap merebak. Siapa yang perlu di salahkan? Babi, orang USA/Mexico, orang yang tidak cebuk. Jangan jadi bingai, pikir sendiri

nota kaki : semalam hari Khamis. jadual kelas aku pada hari khamis adalah bermula selepas fajar pagi mula muncul di kaki langit pada pukul 9pagi sehingga pukul 11pagi. Kemudian aku rehat lebih kurang 3 jam. Sambung pula pukul 2 petang iaitu laboratory sehingga pukul 5 petang. Kemudia Gempar! Pengumuman bahawa uni aku kene quarantine. Pada masa itu pukul 1 tengah hari. Aku pergi lab pukul 2. Kelas berlangsung sampai pukul 2.30petang. Benda ini dah 1 bulan terjadi dan suspect seramai 3 orang daripada tiada suspect. Uni aku hanya memberi cuti kepada 2 jam setengah sahaja. Sebab jumaat aku tiada kelas dan minggu depan semester break.

Daripada kau tidak cebuk, baik kau baca novel falsafah dan fakta seperti ' When God Talk' dan ' Men Are From Mars, Women Are From Venus'

Wednesday, July 22, 2009

28 - o0o

Untuk perkhidmatan telikomunikasi berwarna biru..

Saturday, July 18, 2009

27 - Desktop


Prince of Persia


Call of Duty 4


Dota Allstars


Garena

More games soon..



26 - Di Antara Bola dan Puasa

Mana satu engkau akan pilih..zzz
"Tadi engkau pegi kenduri" kata bapak aku
"Tak" kata aku (sambil tgk bola)
"Abis tue tengah hari tadi makan ape" kata bapak aku
"Tak makan" kata aku
"Bagus, kire puasa la nie..esok engkau puase la lagi..ada kenduri kahwin lagi" kata bapak aku
"Nak ikut" kata beliau lagi
"zzzz" kata aku

"Sape menang tadi (manu dan Malaysia XI)" kata bapak aku
"manu menang 3-2" kata aku
"Eleh, manu bagi can je tue" kata mak aku
"Cube kalau ada Beckham dan Ronaldo, mesti Malaysia kene 8-0" kata mak aku
"Malaysia lauk je, semua datang sokong manu" kata bapak aku
"80,000 orang" kata aku
"Woo bnyk nye, kaya penganjur" kata mak aku
"Satu tiket Rm3++ paling murah RM5+" kata bapak aku
"Berjuta tue" kata mak aku

Adik aku zzzz

Monday, July 13, 2009

25 - Sibuk


Hari ini aku sibuk gile..sampai tidak dapat menghisap rokok sebatang pun walaupun hisap rokok itu hanya mengambil masa 3 minit ke 5 minit bergantung kepada si perokok..Akhirnya aku dapat menghilangkan kesangapan Acetone, Cyanide, Aluminum, DDT/Dieldrin, Ammonia, Ethenol, Formaldehyde, Benzene, Hydrogen cyanide, Butane, Lead, Cadmium, Methanol, Carbon monoxide dan Nicotine..Aku tidak pandang nie semua..apa yg membuatkan "darahku merah, tulangku putih" (Arsenal) ialah salah satu bahan di dalam rokok yang sangat penting untuk jiwa aku iaitu ARSENIC..juga terdapat di dalam rokok ku..


Gambar : Thomas Varmaelen (Arsenal)

Sunday, July 12, 2009

24 - Deodorant

Satu bende yang panjang dan bulat di atasnye..bole dipusing d bahagian kaki nya untuk mengeluarkan kepalanya..tetapi aku menyalahgunakannya dan meletakkan di 'F5'..bende ini lah yang membantu aku untuk spam..haha

Thursday, July 2, 2009

23 - Satu keping

Bende nie adalah untuk rujukan aku sahaja..tetapi kita boleh berkongsi bersama..

Former

Image:Admiral Sengoku.jpg
Sengoku

Admiral

Admirals
Current
Image:Aokijiportrait.png Image:Vice AdmiralSakazukiportait.png Image:Kizaruportrait.jpg
Aokiji (Kuzan) Akainu (Sakazuki) Kizaru (Borsalino)

Jolly Roger Pirate

Jolly Roger Pirates
Image:Demo3.png Image:Ray portrait.png Image:Crocusportrait.png

Gold Roger Silvers Rayleigh Crocus


Image:Demo2.png Image:Demo1.png
Shanks Buggy

Shichibukai

Jaracule Mihawk
Jimbei (Sunny Pirates)
Crocodile (Borouque Works)
Donquixote Doflamingo (Bellamy Pirates)
Bartholomew Kuma (Pacisfita created by Vengapunk)
Gecko Moria ( leader of Thriller Bark and Mysterious Four)
Boa Hancock ( slave of Tenryuubito, Captain : Kuja Pirates, Empress of Amazon Lily)
Marshall D. Tech (Blackbeard Pirates)
Sunny Pirates
Sunny Pirates
Image:Fisher Tiger potrait.PNG Image:Arlongportrait.png

Fisher Tiger Jinbei Arlong

Image:Kuroobiportrait.png
Kuroobi Kaneshiro Macro Gyaro

Image:chewportrait.png Image:Hatchiportrait.png
Chew Hatchan

Gyaro

Borouque Works
Mr.0, Miss All Sunday, Mr.1 - 13, Miss Doublefinger, Miss Goldenweek, Miss Merry Christmas, Miss Valentine, Miss Mother's Day, Miss Father's Day, Miss Saturday - Friday except Sunday

Officer Agents
Image:Mr.1portait.png Image:Mr.2portait.png Image:Mr.3portait.png


Image:Mr.4portait.png Image:Mr.5portait.png


Ada banyak lagi kot..bersambung