Monday, March 9, 2009

2 - I Love KL

Aku tgk jam dan melihat tarikh pada hari ini...
Ouch 4 March...Aku teringat akan seseorang...
Walaupun aku tak berminat dengan dia...
Aku log in facebook dan melihat ramai yg attend gie stadium negara...

Aku bosan dan ingin lepak tetapi tidak tahu di mana
Aku tgk ym aku dan apis sedang online di situ...

"Apis jom gie jason mraz" kata aku
"Jom, gua semangat nie" kata apis
"Aku nak serious nie pis, just sekadar lepak hangout ngan jason je" kata aku
"Ok" balas apis

Apis datang amik aku pukul 4 dan kitorang bertolak...
Aku memandu keretanya dan kami sesat hendak pergi ke st. negara...
Kami membuang masa dalam kesesatan dan kesesakan lalu lintas lebih kurang satu jam...
Jumpe jalan akhirnye yang hendak kami tujui...
Pebende blog aku nie...

"Ok pis, jalan nie aku hustler..depan tu je stadium" kata aku
Apis mengeyitkan matanya...
Dan apabila sampai di stadium pada pukul 6petang..
Kitorang panik sebab stadium kosong...
"Be, aku rasa jason mraz postponed kot sebab hujan" kata apis
"Aku pun rasa begitu" kata aku
"Jom tanya pak guard tue" kata aku
"Bang nie stadium negara eh" kata apis
"Bukan, nie stadium merdeka, stadium negara belakang nie" kata pakguard sambil di dalam hatinya bercakap budak berdua nie noob

Akhirnya kitorang sampai di st. negara yg terletak di belakang stadium merdeka...
Apis mencari parking..dan aku masuk ke dalam mencari tiket...
Aku terpaku dan tergamam...banyak gile awek...
Akhirnya aku berubah fikiran, aku tidak mencari tiket lagi tetapi mencari b**bies..haha
Banyak sangat nie...Dulu masa aku kuar ngan cik yas dan mil di the curve takde plak
Jadi, aku dah jumpe awek yg ramai dan bertimbun
Muzamil dan cik yas belom lagi...
Siapakah antara mereka yg membawa nasib malang... <<< style="font-style: italic;">counter tiket dan bertanya...
"Do you have any ticket left for RM168" kata aku
"Takdok lagie, mu nie datang balek kul 7.30 tgk mu nye lucky" cakap kelantan org jual tiket tersebut (gurau)
Aku memberitahu kepada apis yg tiket sudah sold out...
Aku menukar tali kasut daripada hijau ke biru...
Kemudian aku mengajak apis masuk ke dalam...untuk melihat gadis² berair...
Mata kami tidak berhenti berkelip²...
Apakan daya kami hanya dapat melihat sahaja...
Kami duduk de tepi palang...(tgk bawah, gayat nie)

Tetiba apis memanggil kawan beliau; "Yo nigga (bukan nama sebenar)" kata apis
"Eh apis ko dorang je ke"
kata nigga
"Ya, dan aku top"
kata apis
Aku tidak sempat hendak mengata top dahulu...
"Eeeee ko bawak ape nie...tgk" kata nigga
Cantik gambar gambar yg ko snap...kenape ko tak letak gambar nie nie lawa kata nigga
Pebende blog aku nie...

Dan mereka bersembang berdua sehingga melupakan kewujudan aku di samping mereka
Aku tidak layan dan hanya melilau mencari gadis gadis yang bole dijadikan girlfriend 3 atau 4 orang..Kerana terlalu banyak....
Jam menunjukkan pukul 7.30petang...
Aku dan apis beratur untuk mendapatkan tiket...
7.30 hingga 8.00 malam tapak kaki kami hanya melangkah kira kira 3tapak sahaja...
Noob betul acces tiket nie...
Dan apabila orang semakin ramai sudah mendapat tiket...
Giliran kami makin menghampiri...
Apabila tiba giliran kami selang seorang di hadapan
Orang menjual tiket tersebut membuka mulut beliua dan melaung
"We just selling the RM256 only"
kata beliau

&@#*()$%&@^#, watefff, sienz, cb, noob le, mahai, (kami dan yang lain² memberi kata-kata kesat)


Harapan kami dan mereka yg lain² musnah hendak melihat jason mraz lebih dekat...
"Apis jom balik, tiket dah abis"
kata aku
"Lepak dulu be, kite cari, ada nie tiket"
kata apis
Apis mencari tiket dan aku lepak tepi isap rokok...
Malangnye semua gadis gadis berair sudah masuk ke dalam
Aku lepak tepi sebelah van crew ERA bersama Dina (penyanyi)
Aku tak sembang pun ngan dia..dia sembang dengan crew ERA...
Apis melilau mencari tiket...
Aku hanya menghembuskan asap rokok...
Laungan noobs noobs di dalam sudah kedenganran apabila jason mraz sudah memunculkan diri...Mereka bagaikan nak gila...bole kedengaran hingga ke luar...
Membuatkan kami dan lain² jeles

"Abang ulat ada tiket lebih tak"
kata aku
"Kitorang ada satu je...sorang masuk dulu...lagi sorang nanti abang ulat carikan"
kata abang ulat
"takpe lah bang...kami nak masuk dua²"
kata aku
"akak ada pas lebih tak"
kata apis kepada cleaner
"takde lah dik..akak ada satu je"
kata cleaner

Tiba-tiba ada uncle nie datang (uncle ini hanyalah seorang penjual air)
"Saya ada 10 tiket"
kata uncle
aku dan apis bersama lagi beberapa orang mengikut uncle naik ke atas...
"Lu semua naik atas pastu masuk je ikut pintu tue.."
kata uncle
Bila kitorang berada di atas
"Bang ada tiket kah"
tanya beberapa orang
"Mana ada tiket"
kata penjaga pintu
Mereka berlari semula mencari uncle
Aku dan apis hanya menunggu depan pintu kerana menaiki tangga yg agak tinggi
Aku mengeluarkan rokok dan menghisap...

Mereka (beberapa orang) tidak datang semula ke arah kami
Sesuatu yg luarbiasa sudah berlaku...
Kitorang pergi cari uncle tersebut semula...
"Uncle you cakap ada tiket free, tapi takde pun"
kata apis
"Bukan free ma...tapi cucuk ma...lu lipat duit dan cucuk bagi dorang"
kata uncle
Aku dan apis kuar duit dan lipat duit hendak cucuk dorang
Tapi aku rasa tak sedap hati...
"uncle ni confirm double check ma"
kata aku
"mana lepas"
kata apis
"yo la"
kata uncle (cakap kelantan pula) joke
Kemudian uncle mengajak kami memusing stadium beberapa kali cari yg tidak ada double check
Uncle tersebut siap bertanya kan media ada tag leib atau tidak untuk kami (pass)
Selepas itu uncle bertanyakan kongsi² gelap yg duduk di belakang stage untuk meminta pas untuk aku dan apis
Supaya kami berdua join untuk memasuk kongsi gelap cina
Semua nya hampa
Aku dann apis tidak membuang masa dan terus turun ke bawah

"Alah adik buat pe ikut apek nie...harga tiket RM88 dia jual RM100"
kata abang ulat
"Kitorang ada dua tiket tadi...tgk amoi 2 orang tu sudah masuk"
kata abang ulat lagi
Kami terlepas rezeki dan hampa...
Aku tanya buat sekali lagi kat counter ticket access mana tahu ada tiket RM168 ke...
Sebenarnye awek tu cun...saja je tanya...mmg dah tahu abis pun
"takde lah, kitorang ada RM256 je" k
ata awek cun
Sedih

"Apis jom la balik"
kata aku
"Jap be, 5minit je lagi...aku confirm mesti ada tiket punya"
kata apis
Apis mencari cari tiket hingga ke hujung stadium...
Dan balik ke arah aku dengan tangan kosong
Kitorang pun balik ke arah kereta dan singgah membeli air
Tetapi niat kitorang bukan nak beli air sebenarnye
Tetapi nak main² mata bersama awek yg membeli air di situ juga...
Apakan daya hanya bermain mata sajalah
Kitorang menuju ke kerete dan meyalahkan antara satu sama lain...

Tiba-tiba
Lagu "Im yours" kedengaran...
Kami merapatkan di kami ke pagar dan memasang telinga mendengar mereka di dalam sana menyanyi beramai² bersama En Jason
Awek lalu dan berkata kitorang noob dalam hati diorang...
Aku duduk di tepi devider dan apis seperti hendak memanjat pagar masuk ke dalam stadium...
tetapi apa kan daya...
Kami duduk berdua di tepi devider dan menaynyi lagu im yours bersama² (agak bottom bukan)

Sambil menulis perkataan noob di kereta apis yang sudah lama tidak basuh
Ada sekumpulan eksekutif leng loi² dan leng chai² lalu di hadapan kami
Apis tidak memberatkan mulut dan tidak give up untuk bertanya tiket
"Bro ada tiket tak"
kata apis
"Yeah i'v got two, give to u la"
kata leng chai² dan leng loi²
"Thank u"
jerit kami serentak kepada mereka
"Enjoy your night and have fun"
kata mereka

Kami terus berlari dan masuk ke pintu C (free seating)
dan membuat check up di pintu...
Lepas...dan kami berjaya memasuki untuk melihat encik jason dengan lebih rapat lagi....
Kami puas dan gembira sakan...
Masuk² je kitorang batak...lari² dan menjerit owh yeah owh yeah
Orang lain tidak tahu kepenatan kami hendak mendapatkan tiket
Kami menjerit kepuasan
Jason Mraz menyanyikan lagu tetapi aku tidak tahu lagu ape...
Tak bole sing along sekali...aku yg minat jason...
Pastu lepak2 menghilangkan penat tetiba jason mraz ada nyanyi lagu yg dia fetuaring dengan Colby Callaeit...
Lagu tu je yg aku nyanyi, itupun chorus
Apis sudah hilang mencari sudut yg baik untuk menangkap gambar...
Aku melayan seorang diri dan melihat ramai umat manusia yg dilalaikan oleh si Jason

Aku hanya dapat mendengar kira² 3 buah lagu sahaja...
Dengan tiket free tidak ape la...
Kitorang menghabiskan masa degnan menangkap gambar sepoi sepoi
Kemudia kami pulang menuju ke kampung baru makan bubur...
Malam tersebut kami gembira dan terus bergembira

Pada keesokan hari nya
"Be ko tgk balik tiket kite"
kata apis
"The Rock Zone, free standing"
kata apis
Sebenarnye masa kitorang masuk ari tue bukan pintu c tapi pintu c di bawah tempat free standing
Bukan rezeki kitorang agaknya hendak sampai ke free standing
Tetapi kami bersyukur dapat masuk dan tgk di free seating

P/S : Noob bukan?
















Gambar jason mraz tgh melalaikan jutaan rakyat malaysia
















Free standing bukan?