Monday, April 6, 2009

3 - Pantas dan Garang

Pantas dan garang bukan aku tujukan kepada filem The Fast and the Furious..tetapi kepada kemalangan..si penulis blog, dan dua orang rakan santa beliau..yas dan mil..pulang dari Cineleasure tujuan mencari iglu bagi tempat santa berteduh menghilangkan slurpee beliau..tetapi apakan daya pulang ke rumah dengan tangan kosong..mungkin mereka pergi ke One Utama..kami pergi ke OU..tetapi apakan daya juga..bukan rezeki si penulis dan 2orang rakan nye...

Berbalik kepada pantas dan garang..mereka bertiga bersama penulis pulang ke rumah dalam pukul 3pagi..dan semasa kereta yang mereka naiki iaitu WNK**** di lane yg terpantas di jalan 1 kilometer dari Soho, Bangi..sebuah kereta yang tidak pantas..cuba memotong kereta di hadapan nya..kereta WNK**** yang dinaiki oleh penulis dan rakan2 nya sangat pantas...dan berada di lane sebelah kanan sekali..semasa kereta yang tidak pantas itu ingin memotong kereta yang kurang pantas daripada kereta yang tidak pantas itu..tiba-tiba KTP (kereta tidak pantas) itu di luar imbangan dan memancung betul di hadapan KYKP (kereta yang kurang pantas) dengan keadaan melintang dengan KTP itu menghala ke bahu jalan..daripada keadaan menegak di mana  KTP menghala ke depan..

Kemudian tayar KTP tersebut terkena bahu jalan dan terpelanting berpusing sebanyak tiga kali dan memasuki betul-betul di bawah papan tanda seterusnya jerumus ke dalam parit..Kejadian ini adalah pertama kali yang penulis alami selama penulis hidup..Kami panik dan tergamam melihat kejadian itu hanya beberapa meter daripada kami..yas memberhentikan kereta selepas 100meter daripada tempat kejadian..aku dan muzamil cuba mendail 911 untuk mendapatkan panggilan..syabas kepada pihak berkuasa daripada bomba, polis dan pihak hospital yang cekap menjalankan tugas pada ketika ini..tiba tiba tonto datang dan kami berasa takut..

kejadian ini berlaku mungkin kerana gurauan yang berlaku di kalangan mangsa (remaja kebelakaan) atau sesuatu yang ganjil di dalam KYKP..sehingga KTP berpusing ke bahu jalan dan mengakibatkan kemalangan..

insaf berlalu dengan membawa WNK** perlahan,

yas dan mil sudah pulang ke tempat beliau tinggal..dan aku meneruskan pulang ke rumahku..semasa pulang kerumah aku melihat sebuah kereta terbakar dan meletup..aku sangat kaget dan tertanya tanya..

adakah kita semua masih menyanyangi nyawa dan keluarga kita..