Sunday, June 28, 2009

21 - 9byte

Skang hidup aku sudah laju dan lancar..tidak perlu hidupkan dahulu kemudian turun bawah..Tetapi sekarang hanya tunggu kira-kira 10saat ia sudah bermula..Apa-apa saja boleh di muat turun..sekarang ini "panggilan tugas 4" dan akan ku muat turun ialah "spora"..

Tuesday, June 23, 2009

19 - The Bold dan The Beutiful


Bile mahkota ko sudah berkarat dan tidak sesuai di kepala kau..Mungkin ia akan menyebabkan penampilan kau kurang bergaya..Mahkota ini memainkan peranan yang penting untuk menunjukkan ciri-ciri seseorang itu..walaupun mahkota aku seperti Adam Lazzara..kemudian kawan-kawan kau berkata dia hanya seorang pra-matang..bila ia tidak diurus dan "bercurly-curly perm" membuatkan aku tidak selesa dan kusut..

Aku mengambil keputusan untuk berjumpa si sasa memberi pembaharauan kepada mahkota aku..supaya ia tumbuh semula dengan formasi dan genetik yang lebih segar dan lurus..aku membuat keputusan memilih nombor dua...

gambar di sebelah menunjukkan Adam Lazzara..di mana mahkota beliau yang mempunyai persamaan dengan aku ketika beberapa bulan..tetapi apa kan daya hanya merekasahaja yang pra-matang lebih mengenali Adam..mungkin sekarang nie aku akan mendressed up mcm Micheal Scofield

Friday, June 12, 2009

15 - Nur Kasih

Pukul 9malam hari jumaat..kau pernah tgk cite nie..aku baru first time tgk dan teringatkan seseorang..tetapi bila kita kaji balik..kita akan paham..adat melebihi agama..

14 - Barisan

Bile negara kita kene serang pada waktu pagi dalam pukul 5.40pagi kau nak bgn tak..Kalau kau bgn kau nak kejutkan orang lain daripada tidur..aku bertolak pada pukul 5.40pagi ke markas..dan bukan pertama kali..ini mungkin kali ke dua..aku masuk barisan pertama mewakili tempat jajahanku..tetapi memang satu barisan lagipun..semua orang tengah sibuk tidur lagi..

angin sejuk dan nyaman daripada penyaman udara..

aku kemudian pulang dan menyanyi kuat..sehingga orang berhampiran dengan sekolah tidak dengar akan suara aku..pelik..dan kemudian pulang ke rumah daripada aku menuruni bukit dan mendaki semula..kemudian aku sampai ke rumah dan mengejut emak aku..Mak aku kata pergi mana..aku kata "pergi menuju ke jayaan"..

13 - Hubungan Intim

Apabila mata kau tidak mengantuk dan membuka televisyen yang hanya menegakkan pinggang ke arah suisnya..Dan apabila remote televisyen engkau hilang..dan apakah alternatif yang engkau gunakan..adakah kaki sebagai jalan termudah..

Aku mencari siaran..dan terus menonton WHI (wanita hari ini)...studio menjemput makcik² daripada felda dan felcra yang telah melahirkan Que Haidar dan Mawi..kata NK..tiba tiba aku malu..Aku teruslah menonton sampai pukul 5.30pagi tentang "The Dr.Ruth and Dr.Amos position"..tapi ni knowledge sangat berguna untuk aku di masa akan datang..

Wednesday, June 10, 2009

12 - Bugima

Kali ini blog yg simple..aku keluar daripada kereta dan menuju ke meja ingin memakan char kuey teow yg paling sedap di area kawasan aku..apabila kaki aku hanya 30cm daripada meja..tetiba seorang pakcik yg bugima datang terus motonya di sebelah meja..aku pandang ke arah pakcik bugima tu dan senyum..tetapi dengan langsinya dia tidak pandang akan aku..dan terus buat perangai bugima..aku beredar.. dan mencari meja lain..susah hendak mencari meja di kedai yang semakin famous star and strips ini..aku tgk dia dah berumur awal 60an..dan masih memakai boxer..mcm mana lah aku tak panggil dia bugima..pakick bugima itu tidak considerate langsung kat aku yg dah sampai dulu kat meja tue..

woi pakick bugima.. oOo

Tuesday, June 9, 2009

11 - I Love Arsene Wenger

Kalau korang tgk blog kali ini mcm di London Colney..tapi dah tentu korang ada facebook aku..

p/s nantikan kemunculan kesah sebenar di sebalik perjalanan, semasa perjalanan, kejakunan, dan kenikmatan..disamping kekecewaan..nantikan

Gambar aku beberapa sentimeter daripada Arsene Wenger

Friday, June 5, 2009

10 - Seluar Mandi Bubur

5.00pm mcm biasa aku baru bgn daripada tidor..apis (artist wannabe) telefon rumah aku..kerana hp aku berada di atas..dia sudah sampai di hadapan rumah ku..sekarang nie bnyk perbualan tetang glamourous sahaja..

Berangkat ke rumah ilyas dan seterusnye ke uni aku mengutip duit kepada chuck (bukan nama sebenar)..duit terkumpul rm600..daripada aku, yas (uni), cho (alor setar), tajul (kl), apis (maybank2u) dan chuck (uni)..seterusnya aku pergi bank in duit tersebut untuk deposit redang di RHB bank..semasa perjalanan perbualan yang sama diulang setelah berjumpa lagi (apis dan yas)..nanti di dalam bas akan diulangi cerita yang sama (hahaha)...

destasi seterusnya aku ke Mines Shopping Mall mencari 'boxshort' untuk dibawa ke Redang nanti..dan akhirnya tiga sekawan membeli 'boxshort' jenama sama..excited dan ingin terus pakai ke Kg. Baru (noob)..Makan bubur di Kg.Baru dan cik yas kali pertama dan sangat teruja..makanan berdasarkan dengan sehelai 'boxshort'..tetapi apis pening dan memikirkan benda ini dengan lebih kompleks lagi..3 helai RM100..terus pening sambil memakan bubur..

Aku tiada idea untuk memblogging kali ini..sampai di sini sahaja..anyway nie entry aku ke-10 dan aku mempunyai older post..owh yeah..

9 - Who Moved My Cheese

3:48 am..aku tidak ngantuk lagi..dan baru selelasai menghabiskan buku motivasi "Who Moved My Cheese" yg sudah lama diterbitkan sejak tahun 1998..tetapi tahun 2009 baru aku dapat menetapi intisari yang penuh dengan makna..

So let me ask u the people..who do you think u are - Sniff, Scurry, Hem or Haw..who they fell they are..hahaha

This is one of the message was written on the wall :

"If you Do Not Change, You can Become Extinct"

Buku ini adalah buku yang laris dijual di #1 New York Times dan sering ditonjolkan di media termasuk CNN, The Today Show, Larry King Live, Time Magazine, USA Today, The Wall Street Journal dan United Press International..cool bukan? 

"Who Moved My Cheese?" sudah dibaca oleh kebanyakkan orang yang bekerja di syarikat yang besar atau pun kecil..seperti Abbott Labs, Bausch & Lomb, Bell South, Citybank, Exxon, Goodyear, Marriott, Government Agencies etc..Sekarang ini aku sedang mencari lain-lain buku daripada penulis yang hebat ini juga..iaitu Dr. Spencer Johnson seperti "The One Minute Manager" dan "One Minute For Yourself"..

Apa lagi yang kamu tunggu? Go up for the next level..So move with the cheese and enjoy it..

Thursday, June 4, 2009

8 - Penjejasan Kumin

Hidup aku bulan ini dan beberapa bulan akan datang akan hambar..Seperti ketiadaan epl..komputer peribadiku rosak yang sering restart semula..sumber mengatakan motherboard telah rosak..adakah ini disebabkan oleh motherboard..

life aku terjejas tanpa komputer peribadi seperti :

  1. no downloading 
  2. no DotA
  3. no Movie
  4. no musik
  5. assignment ( for the fewer next month)
  6. no razer krait
  7. tiada paparan screen yang besar 
  8. no acceleration

tetapi penggunaan komputer riba membantutkan life harian aku..membuatkan aku terus memblogging..sebab qwerty komputer riba lebih enak pada jari jemari ku berbanding qwerty DELL komputer peribadi ku...

suggestion :

beli pc baru atau beli motherboard sahaja?

Wednesday, June 3, 2009

7 - One Dream

abdul hafidz (04/06/2009 1:33:22): xkan x vote
Iam Kobe (04/06/2009 1:33:31): vote?
abdul hafidz (04/06/2009 1:33:49): xkan x vote
Iam Kobe (04/06/2009 1:33:54): zzzz
Iam Kobe (04/06/2009 1:37:18): ko siuman
abdul hafidz (04/06/2009 1:37:28): xkan x vote
Iam Kobe (04/06/2009 1:37:39): wth?
abdul hafidz (04/06/2009 1:37:48): xkan x vote
Iam Kobe (04/06/2009 1:38:05): adakah ko siuman
abdul hafidz (04/06/2009 1:39:05): VOTE AKU WEYH...

perbualan di atas menunjuk kepada seseorang insan yang ingin impian beliau dipenuhi..impian b dieliau adalah ingin berjumpa dan berlakon dengan idola beliau sendiri..bagaimana dengan kita semua..apakah usaha kita untuk mencapai impian kita..tetapi sesuatu impian itu akan lebih senand dicapai jika kita bekerja sama untuk mencapai apa yg diinginkan..beliau abdul hafidz ingin menang di dalam sebuah peraduan yg telah diilhamkan oleh Afdlin Syauki (idola abdul hafidz) dengan kerjasama dengan Fisherman's Friend..

adakah kita hanya memerhati dan membaca petikan di atas ini sahaja..dan tidak sedar impian seseorang insan berkecai begitu sahaja..impian beliau akan berkecai dan pergi dengan begitu sahaja jika anda (si pemerhati dan pembaca blog ini) tidak menolong beliau untuk berlakon dengan idola beliau..saya memohon jasa baik pihak tuan dan puan untuk mengklik link yang saya sertakan di bawah untuk menghidupkan peluang abdul hafidz untuk memnuhi impian beliau yang telah saya kenal 4tahun lalu..hanya satu klik sahaja..dan tidak sepenat klik anda bermain solitaire..

Peraduan Kuat Berlakon

Terima kasih di atas sudi mengundi abdul hafidz..Jadikan impian beliau satu realiti..


Video ini adalah lakonan bakat yang memang terpendam di dalam diri beliau..sejak penulis mengenali dengan beliau lagi..