Sunday, August 30, 2009

38 - Al-Fatihah

al-fatihah kepada sedaraku Mohd Arif yang kembali ke rahmatullah..semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas allahyarham..

allahyarham adalah junior aku di sekolah teknik gombak dahulu..dan selalu menceritakan kepada emak beliau tentang aku iaitu 'Abang Cobain'..

Al-Fatihah

Saturday, August 29, 2009

37 - Seorang hero yang Bodoh

Kau seekor HELANG..yang pergi terbang mencari makanan minggu lepas..dan memberi makanan kepada 2ekor anak kau..anak kau berterima kasih kepada kau kerana dapat menggalas perut sehingga nyenyak tidur...

Kesokkan harinya engkau mencari ranting dan dahan-dahan serta daun untuk membuat sarang untuk anak-anak kau supaya hidup lebih selesa..begitulah hari seterusnya..

Hari ini tiba-tiba kau menjadi bodoh entah kerana apa..mungkin kau sudah biasa dengan selok-belok jalan dari sarang ke tempat makanan..sehingga kau boleh salah jalan sehingga ke sarang BURUNG PIPIT..dan terberi anak-anak BURUNG PIPIT tersebut makan..kemudian baru kau sedar betapa bodohnya diri engkau pada saat itu..

Anak-anak kau di sarang mati kelaparan..dan anak yang tidak sepatutnya memperolehi makanan tersebut senang kekenyangan..dan kemudian 3 ekor BURUNG PIPIT datang kepada kau..seekor burung pipit mengutuk kau kerana kenampakkan kebodohan kau..mungkin nasib (aku tidak suka akan perkataan nasib) kau memberi makan kepada burung spesis kami..2 ekor burung pipit..pun menyiul begitu..

Terbanglah burung helang itu ke rumahnya dan sepanjang perjalanan pulang ke rumah dapat la kau mencari sedikit bekalan untuk anak kau kelaparan..bagaimana dengan esok, lusa, dan seterusnya..adakah engkau akan menjadi bodoh seperti BURUNG PIPIT yang lain..walapun meraka tidak sedar bahawa engkau raja segala burung dan mereka itu sebenarnya adalah makanan kau..

Bukan engkau yang bodoh wahai burung helang..tetapi BURUNG PIPIT..kerana tidak menunjukkan jalan pulang yang sebenar kepada kau..terbang la helang hingga ke langit biru..sehingga kau berjaya mengawal ekosistem..

36 - Nasib

Si pulan terkena lecak yang dilanggar oleh pemandu kereta..adakah itu nasib si pulan..kenape si pulan tidak ikut jalan lain mahupun mengelak..itu adalah pilihan

Si pulan bernasib baik dilahirkan di dunia ini..si pulan tersebut bukan nasib..tapi kerana kekuatan dan kepantasan beliau berenang ketika sperma untuk bersaing dengan sperma lain untuk sampai dahulu ke ovum..

Good Luck atau selamat berjaya..mungkin kalau diteliti betul² ia seakan bergantung pada nasib kau..orang putih bingai..orang aku ikut kan..kalau dah tidak belajar, memang failed lah result nya..kalau belajar memang berjaya..

Pakai otak jangan jadi bingai..itu semua adalah PILIHAN yang sudah dipilih dan diputuskan oleh "tuan badan punya engkau"..

Friday, August 21, 2009

35 - Ramadhan Al-Mubarak

Untuk aku: Masih lagi tuhan yang Maha Esa memanjangkan umurku dan memberi peluang kepada ku..

Untuk adik aku: first ramadhan adalah hari untuk dia mengingati bulan kebesaran ini..

Thursday, August 20, 2009

34 - Bulan 3

Adakah 2 orang remaja dapat mengimpikan impian meraka..yang dirancang dekat Alamanda..tempat tinggal sudah diberi, makan sudah diberi..dan ape kemahuan lagi..
Harap impian mereka tercapai..

Faith No More
Alexisonfire
Taking Back Sunday
Sunny Day Real Estate
A.F.I
The Get Up Kids
Paramore

Kahkahak

Wednesday, August 19, 2009

33 - SePastinya Lenka

Aku mengambil adik aku pulang ke rumah berjalan kaki..hanya terletak satu block dari rumah aku..pegang tangannya dan pimpin bawa sehingga pulang ke rumah..semasa perjalanan menyanyi lagu Lenka ..dan apabila semua orang senyap hari nie..buat seperti tidak tahu apa yang sudah terjadi..kemudian mengumpat orang lain seperti mereka yang memimpin..Betul kenyataan Jones yang menyatakan " seekor kurita yang memakai kasut roda adalah mereka"

32 - Kekasih

Lama betul aku tidak menyebut perkataan nie..tetapi bermula pada hari ini kisah kekasih bermula..

Sunday, August 16, 2009

31 - Super Enam menceriakan

Liga Utama Inggeris sudah bermula semalam..sebelum itu bnyk ramalan yang dibincangkan tentang perlawanan pertama semalam..Kita beralih kepada perbincangan di Goodison Park..Berita bola sepak yang di acarakan oleh John Dikes..menunjukkan semua peramal meramal bahawa the toffees akan menang 2-1..

Semalam selepas membeli 'Maaf dari Surga' dan 'Kekasih Sam Po Bo' aku dan 2 rakan aku pulang ke rumahku menonton bola dengan sardin dan sebuku roti..suara yang dikeluarkan oleh seseorang rakanku, membuatkan aku panas..bila engkau menggalas beg hitam dan bermain di dalam tong sampah..aku hanya diam..Denilson menjaringkan gol pertama..beliau berkata lagi..tidak lama lagi dia akan jadi sampah..kemudia seorang bek kanan jatuh iaitu sagna bakry..aku marah kerana para pemain lain tidak datang ke kepadanya bertanyakan khabar atau menuruh pengadil meniup wisel..Kemudian keluar lagi suara yang menyatakan bahawa itu sampah, dan semestinya orang lain tidak memerlukan sampah..aku mengiyakan..

The Toffees cuba menjaringkan gol..tetapi Denilson ada di bahagian kanan gawang gol menanduk bola tersebut daripada gol..kemudian suara yang menyakitkan kan hati berkata..seketul sampah terdapat pada bahagian gol tersebut..aku berpuas hati dengan gandingan Denilson, Song, dan Fabregas..dan Arshavin, RVP dan Bendy..dan apabila suara itu datang lagi bertanyakan aku..apakah fungsi fabregas dalam club engkau..dan aku cakap mengassist bola dan supply bola selaku menjadi playmaker..dia menidakkan jawapan aku..lalu mengeluarkan fatwa nya menyebut bahawa fabregas itu adalah sabun 'fab'..berfungsi untuk membersihkan sampah-sampah yang membuat kotoran..

4-3-3 memang sesuai dengan formasi sekarang..tetapi semalam arshavin tidak menyerlah dan hanya assist satu bola sahaja..tetapi syabas..penggunaan dua DM membuatkan mereka kuat menentang the toffees..walaupun dikena f*^%k oleh seorang budak yang hanya menggunakan medium sosialasi untuk mendapatkan publisiti murahan..dan apabila kawan aku menjerat diri sendiri apabila jersey the toffees ke bawah sama design dengan jersey kelabnya yang membuatkan the toffees down..

Beliau seorang lagi hanya menjadi medium tengah..mengekplositasikan keadaan..kali ini jika engkau baring bersama rakan sama jantina dengan kau..menonton bola bersama-sama..Hassan sudah tiada lagi..


Cesc Fabregas menghadiahkan gol untuk former captain RCD Espanyol Jarque Gonzalez *RIP

Tuesday, August 4, 2009

30 - Bila Tuhan Berbicara

"Hello gagah, buku Faisal Teharani yang mana sesuai untuk level aku" kata aku
"Engkau nak genre macam mana? Agama, falsafah dll" kata gagah
"Aku tidak tahu, tunjukkan kan lah, cepatlah " kata aku
"Kejap bagi aku fikir, ada banyak nie.." kata gagah dengan pressure
"Aku nak sekarang, tiada masa dah nie" kata aku pressure gagah
"Call aku kejap lagi, aku pressure, jangan push aku " kata gagah
"Ok, nanti kau dah fikir mesej aku " kata aku

Gagah menghantar mesej
"Kau beli buku Bila Tuhan Berbicara.."

Lalu aku membeli buku yang dicadangkan oleh beliau..
Sipnopsis daripada novel drama tersebut :

"Sahlan saintis yang ingin menjadi wanita. Razlan ekstremis agama. Mazlan, doktor perubatan masih terasa panas darah isteri yang dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yang melanda."

Tujuan aku ke Alamanda Putrajaya bersama Ahmad Muzammil adalah untuk menebus tiket MTV. Tetapi malangnya tiket untuk ke konsert tersebut telah abis pada hari semalam. Kami berdua memutuskan untuk membeli buku dengan duit tiket tersebut. Pernahkah engkau membaca novel bersama kawan kau yang sama jantina sambil baring bersama-sama.

Aku tiada mood hendak menulis blog.






Saturday, August 1, 2009

29 - H1N1

Bersabarlah daripada menahan sakit..kerana sakit itu adalah penghapus dosa kita..

Penjagaan Kesihatan Di Rumah :
  • Jika demam makan ubat panadol paracetamol mengikut dos yang disediakan
  • Naik basikal
  • Berehat sehingga petang
  • Main dota
Nasihat Untuk Pesakit dan Ahli Keluarga bagi Mengawal Jangkitan
  • Amalkan etika batuk (batuk di depan orang ramai, gunakan sapu tangan atau tisu apabila batuk dan bagi kepada kawan)
  • Jangan mencuci tangan dengan sabun atau air, lap tangan kepada baju kawan
  • Basuh pinggan dengan jilat.
Social Distancing
  • Tolong tinggalkan rumah apabila anda kene influenza A, pergi university lain pula jika anda pelajar atau pejabat/firma orang lain jika anda bekerja
  • Jangan sesekali memakai mask kerana anda akan kelihatan hodoh.
Swt, sekarang nie sudah ramai rakyat Malaysia yang sudah berjangkit dengan simspton ini. Aku tidak pasti berapa kes yang berlaku di Malaysia kerana kes ini berebak hari demi hari. Aku cuba melayari laman web kementerian kesihatan tetapi 'sila cuba lagi'. Bingai, tiada otak. Klik sini. Walaupun dah kene quarantine virus ini tetap merebak. Siapa yang perlu di salahkan? Babi, orang USA/Mexico, orang yang tidak cebuk. Jangan jadi bingai, pikir sendiri

nota kaki : semalam hari Khamis. jadual kelas aku pada hari khamis adalah bermula selepas fajar pagi mula muncul di kaki langit pada pukul 9pagi sehingga pukul 11pagi. Kemudian aku rehat lebih kurang 3 jam. Sambung pula pukul 2 petang iaitu laboratory sehingga pukul 5 petang. Kemudia Gempar! Pengumuman bahawa uni aku kene quarantine. Pada masa itu pukul 1 tengah hari. Aku pergi lab pukul 2. Kelas berlangsung sampai pukul 2.30petang. Benda ini dah 1 bulan terjadi dan suspect seramai 3 orang daripada tiada suspect. Uni aku hanya memberi cuti kepada 2 jam setengah sahaja. Sebab jumaat aku tiada kelas dan minggu depan semester break.

Daripada kau tidak cebuk, baik kau baca novel falsafah dan fakta seperti ' When God Talk' dan ' Men Are From Mars, Women Are From Venus'