Tuesday, October 27, 2009

47 - defense of the ancients

semalam aku bermain dota dari pukul 12 malam sehingga 7pagi..aku dan rakan-rakan bermain secara clan war kerana terlalu ramai rakan dan seorang tetamu luar..apa yang membuatkan aku ingin menulis pada game semalam ialah perbualan yang sungguh sinis dan membuatkan aku malu..aku tidak tahu perasaan rakan-rakan yang lain..kerana kami bermain di rumah masing-masing..

Perbualan pada waktu 6 pagi :

Player 1 : "wah..mung yg tetak kawe tadi eh"
Player 2: "Bukan kawe..kawe pki sk je tadi..si nung ah pki x"
Player 1: "Kawan-kawan mung nie semua dok semayang ke?"
Player 3: "Kawe semayang 5 waktu sehari semalam"
Player 1 : "Bukan hok nie doh masuk semayang subuh ko?"
Player 4: "Lol"

Player 1 adalah berbangsa cina..player 2, player 3 dan player 4 adalah beragama islam..betul la..solat tue kita tidak boleh menunjuk-nunjuk..hanya ikhlas perbuatannya kerana illahi..
Tetapi kalau agama lain dah memperingatkan seseorang muslim itu untuk menunaikan rukun islam ke-2..bagaimana? itu membuatkan aku terfikir di kalangan bangsa MELAYU ku sendiri..

Monday, October 26, 2009

46 - cb

Kau tahu ape tu cb..bile kau di medan perang bersama-sama dengan askar lain hendak memperjuangkan negara sendiri..kau menjadi sukarela..kemudian kau ingin menunjukkan diri kau hebat seperti seorang sergeant..banyak juga musuh tumpas di tangan kau..dan kau bermegah..tiba-tiba di suatu kawasan perangkap musuh kami semua ditembak oleh mush yang telah lama berselindung untuk menyerang hendap..ramai ditembak dan cedera parah akibat penangan musuh yang tidak kami sedari sehingga lalai sebegini..seorang yang dikatakan cb ini juga cedera dan menggunakan kebijaksanaan anugerah illahi untuk berselindung daripada musuh dan kemudian cabut lari..bukan si penulis ingin membanggakan diri..tetapi kami yang lain kecuali si pulan bernama cb berjaya menembak mati ke semua musuh walaupun kami cedera parah..kami berjaya mempertahankan maruah negara..tetapi ramai tidak tahu kerja murni kami..

si cb itu berada di hospital lebih awal daripada kami tanpa melaporkan kepada pihak atasan bahawa kami yang lain masih di hutan bergelimpangan dengan maut..dan si cb itu dirawat oleh jururawat dan dilayan sebagai seorang wira seperti kami..

Wednesday, October 21, 2009

45 - Pekerja Kilang di kilang sebelah pekerja kilang di bawah

Kali ini pekerja kilang ini memproses isi perut ayam, dia banyak ponteng kerja..sehingga boss siap cakap dengan beliau..kerap kali tidak datang kelas..pada suatu hari yang dingin di kala awan membiru bertukar kelabu..beliau dimarahi bos kerana tidak membuang perut ayam sepenuhnya..dan mencuci ayam tidak bersih..ini boleh mendatangkan penyakit kepada para pengguna..dan menyebabkan pembeli tidak percaya pada pengeluaran kilang tersebut..

sambil aku mendengar lagu Alesana - Congratulation, I hate U..beliau seperti pekerja kilang di bawah dengan bangga mengatakan kerja ini amat mudah..kemudian minggu berikutnya beliau berbual dengan rakan sekerja di dalam lif..bahawa kerja membersihkan perut ayam tidak sesenang disangka..

Hari ini kami semua naik pangkat menjadi supervisor pembersihan perut ayam..manakala beliau turun pangkat mencuci najis ayam..

postscript : Dato' Seri Najib perlu mengumpulkan orang seperti kilang ayam dan cip memproses processor ini di satu kilang yang sama..untuk mereka belajar sesuatu..dan kebanyakan orang ini ada di sekeliling aku walaupun aku tidak mahu..kerana mereka juga ada kewajipan seperti aku..tetapi bagaimana?

Tuesday, October 20, 2009

44 - Pekerja kilang dan Kawan-kawanya

Pada suatu pagi..pagi yang melabuhkan waktunya ke petang..seorang pekerja kilang meyiapkan cip processor untuk 1GB..dengan tungkus lumus dan rajin beliau menyiapkan tugasan yang diberi..sehingga tidak meminta pertolongan daripada yang lebih pakar..mungkin sudah cukup ilmu di dada..apabila due date sudah tiba..pekerja kilang ini menghantar dengan hasil titik peluhnya..

Bos pekerja kilang tersebut terus memeriksa cip yang telah dihasilkan oleh pekerja kilang tersebut..hasilnya..dia memberitahuku dengan jujur dan ikhlas tanpa segan silu mengatakan 100% berjaya..bos memberitahu kepadaku bahawa terdapat banyak kesilapan dilakukan..dan pekerja kilang ini hanya berjaya menyiapkan 30% sahaja daripada 100%..

Orang begini selalunya dibenci masyarakat..tetapi beliau bangga dengan kebolehan pada dirinya..

Monday, October 5, 2009

43 - Edisi Khas 1

edisi khas ini adalah ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..
walaupun raya dah abis tapi kami rakyat malaysia tetap akan raya sampai setahun..
dengan menyemak di atas jalan raya..pergi open house tiap-tiap minggu..
dan itulah perpaduan kami..